INFO KORPORAT

MISI
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan

VISI
Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

MOTO
Teknologi Untuk Pendidikan Bestari

FUNGSI
Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan;
Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT;
Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan pembestarian sekolah;
Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media;
Merancang, penyelaras, menilai dan memantau pengurusan dan pembangunan pusat sumber sekolah dan program literasi maklumat;
Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium elekronik dan media cetak;
Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah;
Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.

DASAR
Kami adalah komited kepada pengeluaran produk yang bermutu dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitikberatkan penambahbaikan yang berterusan

FALSAFAH
Penggunaan pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih, menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.